Wednesday 5 September 2012

mata parang




Ini antara salah satu video cara pembuatan keris


Ciri ciri Parang Ilang


Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.
Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.
Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.
Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.
Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu, menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.
Sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di Kepulauan Borneo dahulu menggunakan parang ilang asli, yang diperbuat daripada batu gunung yang dilebur oleh tukang pembuat parang yang mahir.
Dahulu, parang ilang dihias menggunakan perak atau tembaga, ukiran dan bulu burung enggang, menjadikan parang ilang pada masa itu begitu indah dan berharga untuk dimiliki. Kepentingan parang ilang dalam masyarakat peribumi Sarawak boleh dikatakan sama dengan pentingnya dengan keris, bagi masyarakat Melayu.

Tuesday 4 September 2012

Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja memounyai katana dipunggung mereka. Anda penggemar film Ninja Hatori, pasti tidak asing dengan Pedang ini. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm. Tipe single-edge dan melengkung. selain dipakai ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk merepresentasikan status sosialnya. Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.
Anda pernah meilihat Film Goemon, anda pasti mengetahui pedang ini. Pedang ini dibawa oleh putri sebagai pertahanan diri. Ukuran pedang ini sekitar 25 cm, masuk kategori pisau. penggunaannya biasanya untuk menusuk tiba-tiba. perempuan Jepang jaman dulu membawa tanto di balik obi (ikat pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk spontan attack.

Monday 3 September 2012


contoh parang




mengenai blog ini

Saya mohd khafiz,menetap di negeri sembilan. Saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang pembuatan sarong parang untuk tontonan anda.Bagi mana mana yang berminat bolih la anda melihat serba sedikit hasil tukangan saya dan rakan rakan saya. Antara kayu kayu yang dapat menghiyaskan parang anda adalah seperti berikut :

 KAYU SEPETIR.
 1) kayu sepetir memilikki jalor jalor yang sangat gelap bagi yang sudah tua,manakala yang muda pula tidaklah begitu menonjol uratnya.
 2) berwarna coklat tua serta hitam pada jalornya. 
 3)bolih di dapati di semenanjung malaysia.

 KAYU BEBAWANG
 1)memiliki urat yang lintang pukang ,berwarna coklat muda serta kilat tersendiri pada uratnya.
 2)coraknya dapat di lihat di semua arah seperti 3D
 3)bolih didapati di sabah dan serawak.sangat berkurangan di semenangjung.


Inilah keadaan semasa pertandingan parang yang di anjurkan persatuan warisan melayu.
Tidak kira peringkat umur, mahupun kanak kanak,semuanya dapat memeriahkan majlis.
 Salah satu parang buatan tangan menggunakan kayu kumuning hitam,yg di percayai dapat menarik bisa,(jangan cuba tapi)
 Macam kedai goring pisang panas,tidak teduh teduh peminat melihat hasil ukiran tangan
h